Pada hari itu..
berulang-ulang kali dia bertanya pada diri sendiri.
Dia mencari di mana silap
dia, di mana salahnya. Tenggelam dalam air mata, dia akur dengan takdirnya.
Sakit di lukai cinta, tidak sama dengan sakit di lukai oleh keluarga sendiri. Hancur
hatinya bila ibu sendiri tidak mengasihinya seperti adik-adiknya yang lain. Dia
tidak tahu dimana kurangnya dirinya hingga disisihkan ibu sendiri. Dari kecil
dihalau oleh ibu dan hanya mampu menumpang kasih sayang nenek. Menumpang kasih
sayang ayah saudara. Dicaci, dihina oleh ibu sendiri memahat luka yang dalam di
hatinya hingga meninggalkan parut yang tidak mungkin memudar.
Meniti hari-hari tuanya, dia
bersyukur kerana dia mampu tersenyum dengan kasih sayang anak-anaknya. Namun,
di suatu sudut, dia masih dahagakan kasih sayang seorang ibu. Dia sanggup
menjaga ibunya yang sakit demi mengharapkan ibunya sudi berubah dan mencurahkan
kepadanya sedikit kasih ibu. Kerana kasih ibu itu membawa ke syurga.
Namun, dia tersilap. Walau sebaik
mana dia, dia masih tidak mampu membuka hati seorang insan yang bernama ibu. Bermacam
cara dia lakukan, menahan segala kerenah ibunya, namun, masih tidak cukup untuk
meraih mahalnya kasih ibu.
Kerana dia seorang anak yang
disisihkan...
Tuhan.. jika ada kebahagiaan
yang ingin kau berikan padaku.. kau berikanlah kebahagiaan itu untuk dia..
kerana dia ibuku...
No comments:
Post a Comment