Wednesday, 25 June 2014

RAMADHAN IS COMING !!

Masa kecik-kecik dulu, bila nak dekat je bulan puasa, parents mesti akan cakap, kalau dapat puasa penuh, dapat upah. so bila dengar "upah" of cos excited terlebih kan. masa tu pikir, "alaa, puasa je pun, kacang je. " tapi bila dah rasa sendiri, mula lah merengek2 nak berbuka. pastu bila dah berbuka, terasa menyesal. sebab pe? dah tak dapat upah. haha petang2 mesti akan bermain tak ingat dunia. bila dahaga, minum senyap2. tapi tu kisah dulu2 la, sekarang dah besar, tak ada lah aku nak buat camtu kan. 

bila dah besar, aku paling suka bulan ramadhan. sebab?? 
first, sebab malam2 bulan puasa adalah malam yang paling selamat bagi aku. maklumlah penakut. bunyi2 mercun, suara orang berterawih, menyebabkan malam aku tak terasa sunyi. best kan? 
lagipun, bila berbuka, dapat kumpul ramai2. dapat pergi bazar dengan family. 

setiap tahun, perkara yang sama je aku lakukan dalam bulan puasa. and aku tak pernah rasa bosan. tapi.. tahun ini, semakin hampir ramadhan, semakin sayu je hati. 

mana tak nya, sebulan aku berpuasa di perantauan. cewaahh!!! cam tak kena je guna istilah tu. arhh tak kisah ah. pengalaman kan? terpaksa berpraktikal hingga kepenghujung ramadhan. jauh pulak tu.. 

tak dapat lah aku nak berbuka sama-sama ngn family. aku takut sebenarnya. takut inilah peluang terakhir aku untuk berpuasa dengan mereka semua. tapi aku selalu berdoa dan berharap, adanya ramadhan seterusnya untuk aku bersama-sama dengan keluarga.. SEKELUARGA. 

tapi ALLAH ada rancanganNya yang tersendiri. aku tahu dan yakin. inilah jalan terbaik untuk aku. jalan yang aku ambil sekarang berteraskan redha ibu bapa. dan aku percaya ALLAH juga redha dengan jalan aku pilih sekarang. mungkin ramai yang berkata aku mengambil keputusan yang salah, jalan yang merugikan aku, tapi siapa yang dapat melawan takdir. kan? 

semoga tugasan kali ini berjalan dengan lancar dan baik. semoga aku dapat lakukannya dengan jaya nya. in syaa allah.. 

selamat berpuasa kepada semua umat islam!
selamat datang ke bulan rahmat dan bulan istimewa!

terima kasih allah..

Saturday, 21 June 2014

2weeks more..

          Hurm cuti semester aku hanya tinggal 2 minggu lagi.. argghhh!!! Tidakkkk!!! Sedih, happy, gelisah, semua ada..  yang paling ketara, MALAS.. hahaha sedih? Of coz la sedih weii.. aku dah tak leh la macam slot lagi. Makan, tido. Makan tido.. tu la kerja aku. Satu lagi, nanti masuk 2 minggu belajar dah start praktikal. Yang paling menyedihkan, hari first praktikal tu la bermula bulan Ramadan, macam mana la nanti. Abang dengan kakak aku mesti ada kat umah masa tu, aku jela yang tak ada. k la.. see u in 2 weeks

TERIMA KASIH ALLAH

Mungkin dah memang ketentuan allah

. Ya allah.. aku terima dengan redha. Bantu lah aku untuk ikhlas atas semua ini.
Hidup aku tak macam orang lain. Aku terpaksa pendam semua keinginan aku. Semua,
Keadilan? Mungkin kalau aku tak kesiankan parents, aku akan cakap, ma abah tak adil! Abaikan keperluan aku. Abaikan perasaan aku.. tapi, aku tak nak ibu dan ayah aku dipertanggungjawabkan oleh ALLAH kelak kerna tak adil terhadap anak-anak. Sebab tu aku berusaha untuk redha, kena kuat.. walaupun sendirian. Aku tak suka menulis, tapi,  dengan cara ini je aku dapat luahkan dan bantu aku untuk kuat. Setiap kali aku sendirian mesti aku akan terpikir. Kenapa nasib aku macam nie. Tapi, aku tahu, ALLAH sayangkan aku. DIA tahu aku kuat, sebab tu dia bagi kat aku semua ni. Aku yakin dan percaya, suatu hari, pasti ada ganjaran untuk semua ini.
Cemburu? Memang selalu je aku rasa bila tengok orang lain.
Sakit hati? Bila teringat semua tu..
Sedih? Bila tak pernah dihargai.
Tak adil? Memang selalu menghasut diri..
Tapi aku tahu, setiap apa yang terjadi pada jalan hidup aku ni, pasti ada cerita nya. Sama ada  seperti yang aku impikan ataupun tidak, pasti ada pengakhirannya. Dan pengakhiran sama ada sedih ataupun gembira. Sekarang aku menempuhi jalan hidup bukan pilihan aku, tapi aturan yang Maha Esa. Dia yang Maha Melihat dan Maha Menentukan yang terbaik untuk aku. Apa-apa pun yang dan percaya lah bahawa ALLAH sayangkan hambaNya..

TERIMA KASIH ALLAH.

MUHASABAH DIRI


Ku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar,
Tapi ku diberi kaktus berduri.
Ku minta kupu-kupu,
Tapi di beri ulat berbulu.
Ku sedih dan kecewa..
NAMUN KEMUDIAN….
Kaktus itu berbunga.. indah sekali..
Dan ulat itu pun berubah menjadi kupu-kupu yang sangat cantik..
Itulah jalan tuhan, indah pada masanya..
Ingatlah wahai insan.. tuhan tak memberi apa yang kita harapkan..
Tapi  Dia  memberi apa yang kita perlukan.
Terkadang kita kecewa, sedih.. terluka..
Tapi jauh di atas..

Dia sedang mengatur apa yang terbaik dalam kehidupan kita..

Cinta harus memiliki


Sejauh ku berlari meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan..
Sekuatku mencuba melupakan mu kasih
Lalu mengapa ku tak sanggup.
Adakah waktu tak berpihak atau memang sudah  jalannya untuk kita terpisah selamaya..
Ku tak percaya kita terpisah kerana berbeza
Lalu kemana kan ku cari..
Ku tak percaya kata “cinta tak harus memiliki”
Lalu mengapa hati terasa sakit..
Setelah ku berfikir mencari  alasannya,
semakin jatuh ku terluka..



Tuesday, 1 April 2014

TINGGAL KENANGAN


Benarlah kata orang, cinta pertama memang susah untuk di lupakan. Lepas kecewa, aku berazam untuk tutup hati aku. Kisah bersamanya yang terlakar indah dalam diari hati aku, aku patrinya sekemas mungkin. Tapi semenjak dua ini sering terlayar kembali kisah itu, tersenyum seorang diri bila teringat. Terasa ingin ku singkap seketika kenangan tu.
Masa tu aku akui, aku tak secantik sekarang( apa yang orang katalah). Jiwa remaja kan, mesti ada rasa ingin berkasih dan disayangi jejaka idaman. Banyak kali aku jatuh cinta. Sebenarnya bukan jatuh cinta sangat, sekadar meminati. Tapi, ada seorang jejaka yang membuatkan aku betul-betul sukakan dia. Macam-macam cara aku buat, tapi tak berhasil. Last-last aku dapat tahu, dia sukakan kawan baik aku. Sedih kan. Tapi kan, disebabkan tak pernah bercakap, apa lagi bertentang mata, aku mudah je lupakan dia. Tapi, Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan sesorang yang sangat baik. Perkenalan kami bermula dengan hanya sms, tak pernah bersua muka, tak pernah tengok gambar, tak pernah dengar suara.
Hampir 3 bulan berlanjutan begitu, aku rasa dia patut tengok aku siapa, siapa aku. Dan kami jumpa.  Terkejut, terpaku, dan terharu sebab dia boleh terima aku seadanya. Tapi aku silap, lama kelamaan dia tawar hati. Dari gaya dia balas sms aku, aku tahu dia dah berubah. Aku senyap. Dia pun senyap tanpa khabar. Harapkan nak pujuk, rupanya tak. 6 bulan senyap. Akhirnya dia kembali pada aku, katanya rindu. Tapi masa tu aku dah ada orang lain. Aku memang nak kembali padanya, tapi aku tak sekejam tu nak tinggalkan orang yang pada aku betul-betul sayangkan aku. Orang kata, lebih baik bersama dengan orang yang sayang kita daripada bersama dengan orang yang kita sayang, sebab orang yang kita sayang akan tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang.
Sekali lagi aku kehilangan orang yang betul-betul aku sayang. Aku relakan jiwaku untuk lepaskan nya. Tapi hati aku tetap dengannya. Lepas dua tahun, subuh pagi, tak disangka-sangka dia tanyakan khabar aku. Panggil aku ‘sayang’’ love u”. aku rasa aku lah insan yang paling bahagia. Namun ketentuan Allah kan, kita tak dapat lawan. Malam tu ada orang call, tunang dia. Hancur, berkecai hati aku. Tapi aku redha, mesti ada hikmah kan, slow-slow aku ambil masa tuk lupakan dia. Lama. Sekarang kalau dikira-kira dah 5 tahun kisah tu berlalu. Tak pela, aku tahu, kita tak ada jodoh, lagipun, dia berhak pilih jalan hidupnya. Aku tak nak jadi pemisah antara cinta kalian.
Selamat tinggal cinta pertama ku. Ku cintaimu tapi tak bererti bahawa ku harus memilikimu sayang. Kepada si dia yang mungkin terbaca kisah ni, saya ucapkan abang bahagia dengan isteri tersayang, saya sekarang sedang menuju impian dan mungkin sedang mengapai cinta terakhir. Terima kasih abang, sebab abang ajar saya erti cinta dan beri saya peluang untuk rasai cinta pertama dan macam mana untuk tabah.

UNTUK ABANG AIMAN..  

Sunday, 19 January 2014

lepas sorang-sorang

DULU..
giler.. tersentap sangat bila kawan aku yang dah lama x mesej aku, mesej aku malam tadi. mau tak nyer. rindu kot. tapi, xsempat pon nak tanya khabar aku, dia dah tanya sal orang lain. dulu S.. sekarang L plk. 2 2 org ni best friend aku taw x. perlu ke semua ko amik. aku taw ko cantik, tapi jangan la ambik. dorang la tempat aku nak lepaskan apa yang terbuku kat hati aku. kalu pon dorang yang mula dulu, ko jangan la layan. tolong la. aku sayangkan dorang, xde sapa yg boleh paham aku.mungkin ko tak pernah rasa apa yang aku rasa, tapi percaya la, bila giliran ko pulak baru ko taw, sakitnya hati ini.. aku merajuk? yes! why? sbb kawan aku dah xde. kawan aku dah pergi sorang demi sorang. aku dah xlarat nak nangis.. 

SEKARANG..

xpe la.. masih ade ALLAH. Dia maha mengetahui segalanya. apa yg baik, apa yang buruk. korang nak pergi? pergi la. aku lepaskan. tapi jangan kembali sebab aku dah tak nak trima sahabat yang tinggalkan aku untuk orang lain sedangkan aku tak pernah tinggalkan kawan2 aku. sape aku nak halang korang kan? aku sedar.. tersenyum dalam tangisan.. 


#untung la sape2 yang ada kawan yang selalu ade untuknya. jarak bukan pemisah, tapi jarak yang menguatkan ikatan persahabatan itu dengan kerinduan. 

Friday, 17 January 2014

TUHAN.. TEMUKANLAH AKU DENGAN CINTA SEJATI

KECEWA.
                      sudah sebati dengan aku. aku ingt, inilah cinta terakhir aku. namun semakin hari semakin aku tak yakin dengan cintanya. dia seolah-olah buat aku tempat dia melepaskan rasa bosan. bila dia sunyi, dia cari aku. layan aku dengan sebaiknya. tapi, lepas tu tinggal kan aku macam aku macam orang bodoh. rasa kecewa dan sedih kadang2 buatkan aku rasa nak lepaskan dia.tapi aku tak sanggup nak buat camtu. aku sayangkan dia. sayang sangat2. orang tua2 kata, bila dah sayang kan org jangan terlampau, nanti makan diri.
                 
                     tuhan.. kuatkan aku andai suatu hari perkara yang aku takuti itu terjadi. bantulah aku. temukan lah aku dengan cinta sejati. bukan cinta yang membuatkan aku dipermainkan, bukan cinta yang palsu. cinta yang bawa aku ke jannah.

                     kadang2 aku terfikir, kenapa aku xsanggup nk lepaskannya? sbb aku sayangkan dia , atau aku xmau dia dimiliki oleh orang lain? mungkin... buat masa sekarang, sabarlah. allah mengetahui segalanya. Dia dah aturkan segalanya untuk aku. sakit dahulu, bahagia kemudian. in syaa allah. cuma satu je yang aku doakan, berikanlah aku cinta yang sejati, agar aku tidak habiskan masa hidup aku dengan cinta yang sia2.

DIMANAKAH IA?

dia dah ade.. cuma kamu tak perasan je.. :D

pengenalan maybe..

ermm aku buat blog ni pon sbb saje2. kadang2 rasa nk luahkan masalah, tapi bkn kat laman sosial. sbb? jaga hati org kot. erm tiada yg peliknye, sbb aq just xnk org dpt cari aku. tu je. just for fun and this is  my site to share my thought and this is my small world.

Bila crush kau dah kawin.. sob sob T.T

Baru-baru ni aku ada la minat dekat sorg mamat ni. Betul-betul taste aku la kiranya. Selalu jugak terjumpa dekat mana-mana dalam campus...