. Ya allah.. aku
terima dengan redha. Bantu lah aku untuk ikhlas atas semua ini.
Hidup aku tak macam orang lain. Aku terpaksa pendam
semua keinginan aku. Semua,
Keadilan? Mungkin kalau aku tak kesiankan parents,
aku akan cakap, ma abah tak adil! Abaikan keperluan aku. Abaikan perasaan aku..
tapi, aku tak nak ibu dan ayah aku dipertanggungjawabkan oleh ALLAH kelak kerna
tak adil terhadap anak-anak. Sebab tu aku berusaha untuk redha, kena kuat..
walaupun sendirian. Aku tak suka menulis, tapi,
dengan cara ini je aku dapat luahkan dan bantu aku untuk kuat. Setiap
kali aku sendirian mesti aku akan terpikir. Kenapa nasib aku macam nie. Tapi,
aku tahu, ALLAH sayangkan aku. DIA tahu aku kuat, sebab tu dia bagi kat aku
semua ni. Aku yakin dan percaya, suatu hari, pasti ada ganjaran untuk semua
ini.
Cemburu? Memang selalu je aku rasa bila tengok orang
lain.
Sakit hati? Bila teringat semua tu..
Sedih? Bila tak pernah dihargai.
Tak adil? Memang selalu menghasut diri..
Tapi aku tahu, setiap apa yang terjadi pada jalan
hidup aku ni, pasti ada cerita nya. Sama ada
seperti yang aku impikan ataupun tidak, pasti ada pengakhirannya. Dan
pengakhiran sama ada sedih ataupun gembira. Sekarang aku menempuhi jalan hidup
bukan pilihan aku, tapi aturan yang Maha Esa. Dia yang Maha Melihat dan Maha
Menentukan yang terbaik untuk aku. Apa-apa pun yang dan percaya lah bahawa
ALLAH sayangkan hambaNya..
TERIMA KASIH ALLAH.
No comments:
Post a Comment