Benarlah
kata orang, cinta pertama memang susah untuk di lupakan. Lepas kecewa, aku
berazam untuk tutup hati aku. Kisah bersamanya yang terlakar indah dalam diari
hati aku, aku patrinya sekemas mungkin. Tapi semenjak dua ini sering terlayar
kembali kisah itu, tersenyum seorang diri bila teringat. Terasa ingin ku
singkap seketika kenangan tu.
Masa
tu aku akui, aku tak secantik sekarang( apa yang orang katalah). Jiwa remaja
kan, mesti ada rasa ingin berkasih dan disayangi jejaka idaman. Banyak kali aku
jatuh cinta. Sebenarnya bukan jatuh cinta sangat, sekadar meminati. Tapi, ada
seorang jejaka yang membuatkan aku betul-betul sukakan dia. Macam-macam cara
aku buat, tapi tak berhasil. Last-last aku dapat tahu, dia sukakan kawan baik
aku. Sedih kan. Tapi kan, disebabkan tak pernah bercakap, apa lagi bertentang
mata, aku mudah je lupakan dia. Tapi, Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan
sesorang yang sangat baik. Perkenalan kami bermula dengan hanya sms, tak pernah
bersua muka, tak pernah tengok gambar, tak pernah dengar suara.
Hampir
3 bulan berlanjutan begitu, aku rasa dia patut tengok aku siapa, siapa aku. Dan
kami jumpa. Terkejut, terpaku, dan
terharu sebab dia boleh terima aku seadanya. Tapi aku silap, lama kelamaan dia
tawar hati. Dari gaya dia balas sms aku, aku tahu dia dah berubah. Aku senyap.
Dia pun senyap tanpa khabar. Harapkan nak pujuk, rupanya tak. 6 bulan senyap.
Akhirnya dia kembali pada aku, katanya rindu. Tapi masa tu aku dah ada orang
lain. Aku memang nak kembali padanya, tapi aku tak sekejam tu nak tinggalkan
orang yang pada aku betul-betul sayangkan aku. Orang kata, lebih baik bersama
dengan orang yang sayang kita daripada bersama dengan orang yang kita sayang,
sebab orang yang kita sayang akan tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang.
Sekali
lagi aku kehilangan orang yang betul-betul aku sayang. Aku relakan jiwaku untuk
lepaskan nya. Tapi hati aku tetap dengannya. Lepas dua tahun, subuh pagi, tak
disangka-sangka dia tanyakan khabar aku. Panggil aku ‘sayang’’ love u”. aku
rasa aku lah insan yang paling bahagia. Namun ketentuan Allah kan, kita tak
dapat lawan. Malam tu ada orang call, tunang dia. Hancur, berkecai hati aku.
Tapi aku redha, mesti ada hikmah kan, slow-slow aku ambil masa tuk lupakan dia.
Lama. Sekarang kalau dikira-kira dah 5 tahun kisah tu berlalu. Tak pela, aku
tahu, kita tak ada jodoh, lagipun, dia berhak pilih jalan hidupnya. Aku tak nak
jadi pemisah antara cinta kalian.
Selamat
tinggal cinta pertama ku. Ku cintaimu tapi tak bererti bahawa ku harus memilikimu
sayang. Kepada si dia yang mungkin terbaca kisah ni, saya ucapkan abang bahagia
dengan isteri tersayang, saya sekarang sedang menuju impian dan mungkin sedang
mengapai cinta terakhir. Terima kasih abang, sebab abang ajar saya erti cinta
dan beri saya peluang untuk rasai cinta pertama dan macam mana untuk tabah.
UNTUK
ABANG AIMAN..
No comments:
Post a Comment