Saturday, 11 March 2017

Assalamualaikum..

harini aku dapat berita. ibu kawan baik aku meninggal dunia. aku tak dapat balik untuk ziarah jenazah buat kali terakhir sebab aku belajar jauh. rasa bersalah allah je yang tahu. aku rasa tak layak jadi sahabat kalau saat kawan aku sedih pun aku tak boleh ada disisinya. tapi kawan aku kuat. dia tak tunjuk langsung yang dia sedih.

saat itu lah aku sedar betapa kuatnya seorang insan yang bergelar wanita. Allah jadikan wanita ini tampak lemah fizikal berbanding lelaki, tetapi, teramat kuat dalamannya. kawan aku sampaikan berita ni pada aku dan kawan-kawan yang lain tanpa dia tunjuk pun kesedihannya. malah dia mampu tersenyum. aku tahu, disetiap baris ayatnnya, aku dapat rasa kesedihan dia,

aku terfikir, kalau aku ditempatnya, sudah pasti aku tak mampu harunginya, aku tak mampu setabah itu, semoga arwah mak cik ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, dan sentiasa dicucuri rahmat Ilahi,

Seorang ibu, syurga lah tempatnya. 
Al-fatihah.. 

No comments:

Post a Comment

Bila crush kau dah kawin.. sob sob T.T

Baru-baru ni aku ada la minat dekat sorg mamat ni. Betul-betul taste aku la kiranya. Selalu jugak terjumpa dekat mana-mana dalam campus...