Thursday, 18 August 2016

Hidup dalam mati- by syamel


Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku didalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku disini pilu..

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga ke berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis tersedar kau hilang dihati
Jangan diucap sesalmu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri
Hidup dalam mati…

Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan..




lagu ini adalah peneman hatiku kala duka. tak semua bernasib baik dalam hidup dan tak semua bernasib malang. hargailah kebahagian sementara kita masih dapat merasainya sebelum terganti oleh kedukaan. hargailah insan yang kita ada sebelum mereka kembali kepada pencipta yang Maha Agung. tiada apa yang mampu aku kirim melainkan doa dan izinkanlah aku menitiskan air mata takkala menrinduimu. takkan daku ucapkan selamat tinggal selagi masih terkandung nyawa dibadan dan aku mahu kau tahu kau selalu ada tempat di hatiku. 

No comments:

Post a Comment

Bila crush kau dah kawin.. sob sob T.T

Baru-baru ni aku ada la minat dekat sorg mamat ni. Betul-betul taste aku la kiranya. Selalu jugak terjumpa dekat mana-mana dalam campus...