Sunday, 31 January 2016

menyepi..

menyepi..
dah lama rasanya tak update apa2 kat ruangan ni.
entah kenapa pun aku tak tahu.
mungkin, sibuk dengan pelajaran, sibuk dengan kerja. dan mungkin sengaja ingin menyepi.
aku semakin jauh dengan rakan2 karib, semakin jauh dengan impian, semakin jauh dengan harapan untuk menjadi seperti dulu. malu dengan diri, kawan2 yang dah berjaya jauh lebih hebat, malu dengan kawan2 yang selama ini selama dibelakang aku.

sehari demi sehari,  aku cuba untuk buang rasa dengki, rasa malu dan rendah diri ini, namun sangat susah. selama 2 tahun aku menyepi dari rakan-rakan semua, bukan sebab aku benci, tapi sebab aku malu.
maafkan aku. aku cuba berkali2 untuk bangkit, tapi halangan sentiasa di depan aku.

bagaikan ada tembok besar menghalang cita2 aku, harapan aku.
tapi itu dulu. hari ini,dan seterusnya aku yakin, percaya dengan diri aku sendiri. setiap usaha yang aku lakukan, walaupun jatuh berkali2, in syaa allah aku aku berjaya juga .

bak kata seseorang yg sangat aku hormati..
"teruskan perjalanan hidup yang kau pilih dengan penuh harapan dan semangat.
memang benar, jalan yang kau pilih itu mungkin sangat sulit, jauh perjalanannya dan tak ramai yang pilih untuk melaluinya.. tapi kau berani pilihnya, kau sahut cabaran, kau tak pilih jalan pintas yang beribu orang lalu. itu lah kekuatan kau, jangan fikir kau lemah, jangan sesekali.
kerana.,..MESTI! MESTI! ada banyak kelebihannya :)"

so, be positive..

thank you ALLAH..

No comments:

Post a Comment

Bila crush kau dah kawin.. sob sob T.T

Baru-baru ni aku ada la minat dekat sorg mamat ni. Betul-betul taste aku la kiranya. Selalu jugak terjumpa dekat mana-mana dalam campus...