Wednesday, 25 June 2014

RAMADHAN IS COMING !!

Masa kecik-kecik dulu, bila nak dekat je bulan puasa, parents mesti akan cakap, kalau dapat puasa penuh, dapat upah. so bila dengar "upah" of cos excited terlebih kan. masa tu pikir, "alaa, puasa je pun, kacang je. " tapi bila dah rasa sendiri, mula lah merengek2 nak berbuka. pastu bila dah berbuka, terasa menyesal. sebab pe? dah tak dapat upah. haha petang2 mesti akan bermain tak ingat dunia. bila dahaga, minum senyap2. tapi tu kisah dulu2 la, sekarang dah besar, tak ada lah aku nak buat camtu kan. 

bila dah besar, aku paling suka bulan ramadhan. sebab?? 
first, sebab malam2 bulan puasa adalah malam yang paling selamat bagi aku. maklumlah penakut. bunyi2 mercun, suara orang berterawih, menyebabkan malam aku tak terasa sunyi. best kan? 
lagipun, bila berbuka, dapat kumpul ramai2. dapat pergi bazar dengan family. 

setiap tahun, perkara yang sama je aku lakukan dalam bulan puasa. and aku tak pernah rasa bosan. tapi.. tahun ini, semakin hampir ramadhan, semakin sayu je hati. 

mana tak nya, sebulan aku berpuasa di perantauan. cewaahh!!! cam tak kena je guna istilah tu. arhh tak kisah ah. pengalaman kan? terpaksa berpraktikal hingga kepenghujung ramadhan. jauh pulak tu.. 

tak dapat lah aku nak berbuka sama-sama ngn family. aku takut sebenarnya. takut inilah peluang terakhir aku untuk berpuasa dengan mereka semua. tapi aku selalu berdoa dan berharap, adanya ramadhan seterusnya untuk aku bersama-sama dengan keluarga.. SEKELUARGA. 

tapi ALLAH ada rancanganNya yang tersendiri. aku tahu dan yakin. inilah jalan terbaik untuk aku. jalan yang aku ambil sekarang berteraskan redha ibu bapa. dan aku percaya ALLAH juga redha dengan jalan aku pilih sekarang. mungkin ramai yang berkata aku mengambil keputusan yang salah, jalan yang merugikan aku, tapi siapa yang dapat melawan takdir. kan? 

semoga tugasan kali ini berjalan dengan lancar dan baik. semoga aku dapat lakukannya dengan jaya nya. in syaa allah.. 

selamat berpuasa kepada semua umat islam!
selamat datang ke bulan rahmat dan bulan istimewa!

terima kasih allah..

Saturday, 21 June 2014

2weeks more..

          Hurm cuti semester aku hanya tinggal 2 minggu lagi.. argghhh!!! Tidakkkk!!! Sedih, happy, gelisah, semua ada..  yang paling ketara, MALAS.. hahaha sedih? Of coz la sedih weii.. aku dah tak leh la macam slot lagi. Makan, tido. Makan tido.. tu la kerja aku. Satu lagi, nanti masuk 2 minggu belajar dah start praktikal. Yang paling menyedihkan, hari first praktikal tu la bermula bulan Ramadan, macam mana la nanti. Abang dengan kakak aku mesti ada kat umah masa tu, aku jela yang tak ada. k la.. see u in 2 weeks

TERIMA KASIH ALLAH

Mungkin dah memang ketentuan allah

. Ya allah.. aku terima dengan redha. Bantu lah aku untuk ikhlas atas semua ini.
Hidup aku tak macam orang lain. Aku terpaksa pendam semua keinginan aku. Semua,
Keadilan? Mungkin kalau aku tak kesiankan parents, aku akan cakap, ma abah tak adil! Abaikan keperluan aku. Abaikan perasaan aku.. tapi, aku tak nak ibu dan ayah aku dipertanggungjawabkan oleh ALLAH kelak kerna tak adil terhadap anak-anak. Sebab tu aku berusaha untuk redha, kena kuat.. walaupun sendirian. Aku tak suka menulis, tapi,  dengan cara ini je aku dapat luahkan dan bantu aku untuk kuat. Setiap kali aku sendirian mesti aku akan terpikir. Kenapa nasib aku macam nie. Tapi, aku tahu, ALLAH sayangkan aku. DIA tahu aku kuat, sebab tu dia bagi kat aku semua ni. Aku yakin dan percaya, suatu hari, pasti ada ganjaran untuk semua ini.
Cemburu? Memang selalu je aku rasa bila tengok orang lain.
Sakit hati? Bila teringat semua tu..
Sedih? Bila tak pernah dihargai.
Tak adil? Memang selalu menghasut diri..
Tapi aku tahu, setiap apa yang terjadi pada jalan hidup aku ni, pasti ada cerita nya. Sama ada  seperti yang aku impikan ataupun tidak, pasti ada pengakhirannya. Dan pengakhiran sama ada sedih ataupun gembira. Sekarang aku menempuhi jalan hidup bukan pilihan aku, tapi aturan yang Maha Esa. Dia yang Maha Melihat dan Maha Menentukan yang terbaik untuk aku. Apa-apa pun yang dan percaya lah bahawa ALLAH sayangkan hambaNya..

TERIMA KASIH ALLAH.

MUHASABAH DIRI


Ku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar,
Tapi ku diberi kaktus berduri.
Ku minta kupu-kupu,
Tapi di beri ulat berbulu.
Ku sedih dan kecewa..
NAMUN KEMUDIAN….
Kaktus itu berbunga.. indah sekali..
Dan ulat itu pun berubah menjadi kupu-kupu yang sangat cantik..
Itulah jalan tuhan, indah pada masanya..
Ingatlah wahai insan.. tuhan tak memberi apa yang kita harapkan..
Tapi  Dia  memberi apa yang kita perlukan.
Terkadang kita kecewa, sedih.. terluka..
Tapi jauh di atas..

Dia sedang mengatur apa yang terbaik dalam kehidupan kita..

Cinta harus memiliki


Sejauh ku berlari meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan..
Sekuatku mencuba melupakan mu kasih
Lalu mengapa ku tak sanggup.
Adakah waktu tak berpihak atau memang sudah  jalannya untuk kita terpisah selamaya..
Ku tak percaya kita terpisah kerana berbeza
Lalu kemana kan ku cari..
Ku tak percaya kata “cinta tak harus memiliki”
Lalu mengapa hati terasa sakit..
Setelah ku berfikir mencari  alasannya,
semakin jatuh ku terluka..



Bila crush kau dah kawin.. sob sob T.T

Baru-baru ni aku ada la minat dekat sorg mamat ni. Betul-betul taste aku la kiranya. Selalu jugak terjumpa dekat mana-mana dalam campus...