Tuesday, 1 April 2014

TINGGAL KENANGAN


Benarlah kata orang, cinta pertama memang susah untuk di lupakan. Lepas kecewa, aku berazam untuk tutup hati aku. Kisah bersamanya yang terlakar indah dalam diari hati aku, aku patrinya sekemas mungkin. Tapi semenjak dua ini sering terlayar kembali kisah itu, tersenyum seorang diri bila teringat. Terasa ingin ku singkap seketika kenangan tu.
Masa tu aku akui, aku tak secantik sekarang( apa yang orang katalah). Jiwa remaja kan, mesti ada rasa ingin berkasih dan disayangi jejaka idaman. Banyak kali aku jatuh cinta. Sebenarnya bukan jatuh cinta sangat, sekadar meminati. Tapi, ada seorang jejaka yang membuatkan aku betul-betul sukakan dia. Macam-macam cara aku buat, tapi tak berhasil. Last-last aku dapat tahu, dia sukakan kawan baik aku. Sedih kan. Tapi kan, disebabkan tak pernah bercakap, apa lagi bertentang mata, aku mudah je lupakan dia. Tapi, Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan sesorang yang sangat baik. Perkenalan kami bermula dengan hanya sms, tak pernah bersua muka, tak pernah tengok gambar, tak pernah dengar suara.
Hampir 3 bulan berlanjutan begitu, aku rasa dia patut tengok aku siapa, siapa aku. Dan kami jumpa.  Terkejut, terpaku, dan terharu sebab dia boleh terima aku seadanya. Tapi aku silap, lama kelamaan dia tawar hati. Dari gaya dia balas sms aku, aku tahu dia dah berubah. Aku senyap. Dia pun senyap tanpa khabar. Harapkan nak pujuk, rupanya tak. 6 bulan senyap. Akhirnya dia kembali pada aku, katanya rindu. Tapi masa tu aku dah ada orang lain. Aku memang nak kembali padanya, tapi aku tak sekejam tu nak tinggalkan orang yang pada aku betul-betul sayangkan aku. Orang kata, lebih baik bersama dengan orang yang sayang kita daripada bersama dengan orang yang kita sayang, sebab orang yang kita sayang akan tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang.
Sekali lagi aku kehilangan orang yang betul-betul aku sayang. Aku relakan jiwaku untuk lepaskan nya. Tapi hati aku tetap dengannya. Lepas dua tahun, subuh pagi, tak disangka-sangka dia tanyakan khabar aku. Panggil aku ‘sayang’’ love u”. aku rasa aku lah insan yang paling bahagia. Namun ketentuan Allah kan, kita tak dapat lawan. Malam tu ada orang call, tunang dia. Hancur, berkecai hati aku. Tapi aku redha, mesti ada hikmah kan, slow-slow aku ambil masa tuk lupakan dia. Lama. Sekarang kalau dikira-kira dah 5 tahun kisah tu berlalu. Tak pela, aku tahu, kita tak ada jodoh, lagipun, dia berhak pilih jalan hidupnya. Aku tak nak jadi pemisah antara cinta kalian.
Selamat tinggal cinta pertama ku. Ku cintaimu tapi tak bererti bahawa ku harus memilikimu sayang. Kepada si dia yang mungkin terbaca kisah ni, saya ucapkan abang bahagia dengan isteri tersayang, saya sekarang sedang menuju impian dan mungkin sedang mengapai cinta terakhir. Terima kasih abang, sebab abang ajar saya erti cinta dan beri saya peluang untuk rasai cinta pertama dan macam mana untuk tabah.

UNTUK ABANG AIMAN..  

Bila crush kau dah kawin.. sob sob T.T

Baru-baru ni aku ada la minat dekat sorg mamat ni. Betul-betul taste aku la kiranya. Selalu jugak terjumpa dekat mana-mana dalam campus...